Information


QUADRANT RESOURCES



DEFINASI 'FAST QUADRANT RESOURCES' ( FQR )
'FAST QUADRANT RESOURCES' bermaksud KEUSAHAWANAN konsep FAST QUADRANT.

KONSEP 'FAST QUADRANT'
ISLAM adalah jalan yg lurus, tiada halangan antara Kecerdasan Kewangan dan Kecerdasan Spiritual.
Bagaimanakah Islam mempertemukan dua kecerdasan ini ? Iaitu melalui kajian Surah Al-Asr, melalui
sejarah hidup dan sifat Rasullullah. Tiada pemisah bahkan dengan indahnya mempertemukan
Kecerdasan Kewangan dan Kecerdasan Spiritual melalui KONSEP 'FAST QUADRANT'.

APAKAH ITU KONSEP 'FAST QUADRANT' ?
KONSEP 'FAST QUADRANT' menggabungkan SIFAT RASULULLAH + SURAH AL- ASR + KONSEP 4D iaitu ;
Dagang + Doa + Dhuha + Derma = Duit Dahsyat !
Dibawah ini dinyatakan Terjemahan dari Surah Al-Asr ;
"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam Kerugian, kecuali orang-orang
yang Beriman dan mengerjakan Amal Soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati Kebenaran dan
nasihat menasihati supaya mengekalkan Kesabaran".

# TAHUKAH ANDA ? SURAH INI MEMILIKI BANYAK KEUTAMAAN & KELEBIHAN SEHINGGA ORANG-
ORANG SOLEH PERNAH BERKATA TENTANG KELEBIHAN SURAH INI. ANTARANYA ;

" Jika dua Sahabat Rasulullah bertemu, maka keduanya tidak akan berpisah kecuali setelah salah satu darinya membacakan kepada yang lain Surah Al-asr sehingga selesai, kemudian memberi salam".

Imam As-Syafi'i berkata " Sekiranya manusia mahu memperhatikan ( kandungan ) Surah ini,
nescaya surah ini akan Mencukupi baginya". Imam Syafi'i juga berkata " Kalau seandainya Allah
tidak menurunkan HUJJAH kecuali Surah ini kepada hamba-hambanya, nescaya sudah cukup bagi mereka".

WOW !!! Luar Biasa Surah ini ! Pendek tapi DAHSYAT.., AMAZING & POWERFUL ! Banyak sekali tulisan
mengenai Surah ini yang Isinya lebih kurang mengenai Keutamaan Waktu, Kerugian manusia, Pentingnya Iman dan Amal serta menegakkan kebenaran dalam Kesabaran. Untuk lebih faham dangan lebih mendalam tentang Surah ini dan apakah kaitan nya dengan KONSEP 'FAST QUADRANT' ,baca dengan teliti tentang pernyataan di bawah ini ;

Terjemahan dari SURAH AL-ASR menggambarkan tentang 4 KECERDASAN UTAMA iaitu ;

1) "DEMI MASA" menunjukkan Kecerdasan Intelektual. MASA melambangkan Kecerdasan
Intelektual berkembang seiring dengan MASA pada peringkat Kemampuan Mental ( Mental Age )
serta Peringkat Usia ( Chronological Age ).

2) " SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU BENAR-BENAR BERADA DALAM KERUGIAN". Menunjukkan
Kecerdasan Kewangan. Apabila kita berbicara tentang Kerugian sesungguhnya kita sedang
Berbicara dalam bahasa Perdagangan, kerana drpd sesuatu perdagangan wujudnya Keuntungan atau Kerugian.

3) " KECUALI ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN MENGERJAKAN AMAL SOLEH". Menunjukkan
Kecerdasan Spiritual. Kecerdasan Spiritual haruslah dengan kesedaran,percaya dan yakin
adanya Allah dan manfaatkan serta mewarnakan kehidupan dengan perbuatan yang baik.

4) " DAN NASIHAT MENASIHATI SUPAYA MENTAATI KEBENARAN DAN NASIHAT MENASIHATI SUPAYA
MENGEKALKAN KESABARAN". Menunjukkan Kecerdasan Emosional. Inti daripada Kecerdasan
Emosional adalah Ketaatan dalam menyampaikan Kebenaran serta hadapi dengan Kesabaran.

Apabila 4 KECERDASAN UTAMA itu kita masukkan ke dalam satu 'KUADRAN' dan putarkannya
mengikut Arah Putaran Jarum Jam, maka akan tergambar seperti berikut ;



Rasulullah merupakan tauladan yang Baik bagi seluruh Umat manusia. Untuk itu kita gandingkan
Terjemahan Surah Al-Asr dengan Sifat Rasulullah. Seperti bersatunya PESANAN ( Message )
dengan si PENGHANTAR PESANAN ( Messenger ) ;


1) SIDDIQ
Siddiq atau Benar menunjukkan adanya Kecerdasan Spiritual.


2) AMANAH
Amanah atau Boleh Dipercayai melambangkan Kecerdasan Kewangan. Penduduk Mekah memanggilnya dengan sebutan AL-AMIN ( dipercayai ). Sebutan AL-AMIN ini diberikan kepada Baginda dalam kapasitinya sebagai Pedagang pada waktu itu. Adakah anda tahu nama Unit Syariah Hongkong & Shanghai Banking Corp ( HSBC ) ? Jawapannya adalah HSBC AMANAH !


3) TABLIGH
Tabligh atau kemampuan untuk Menyampaikan Sesuatu sudah tentu memerlukan Kecerdasan Emosional. Rasulullah memiliki Kesabaran yang Luar Biasa menghadapi musuh dan penentangnya.


4) FATHONAH
Fathonah atau Bijaksana menunjukkan adanya Kecerdasan Intelektual (Keilmuan ).

Maka tentunya 'KUADRAN' tersebut akan menjadi seperti ini ;


Dan sudah pasti 'KUADRAN' tersebut akan menjadi seperti ini ;



adalah singkatan Fathonah, Amanah, Siddiq & Tabligh.

Sifat dan akhlak Rasulullah yang harus dicontohi dan dijadikan tauladan dalam hidup manusia.
Sesuai dengan Firman Allah yang bermaksud " Sesungguhnya pada diri Rasulullah ada Tauladan
Yang baik bagimu". ( QS. 33:21 )

'FAST QUADRANT' selain bermaksud dari 4 Sifat Rasulullah ,ia juga melambangkan 4 Kecerdasan
Utama iaitu ; INTELEKTUAL, FINANCIAL, SPIRITUAL & EMOSIONAL berdasarkan kajian Surah
Al-Asr. ( QS. 2:148 )



Menurut bahasa , kata 'FAST' mengandungi makna yang unik dan bertentangan iaitu Cepat ( Fast )
dan Puasa ( Fasting ). Bermakna CEPAT & TERURUS ( kerana Puasa mengajar tentang Pengurusan
Diri ). Maknanya…"Berfikir dan bertindak CEPAT tapi TERURUS ! Walaupun berfikir dan bertindak
secara CEPAT tapi ianya TERURUS ! Masya Allah…Hebat kan?

Apabila kita perhatikan Surah Al-Asr secara kasar , ia ditandakan dengan PERUBAHAN ( Change )
dan TINDAKAN ( Action ).

* Perubahan Waktu ( Change )
* Perubahan kitaran untung-Rugi ( Change )
* Perbuatan Baik ( Action )
* Perbuatan nasihat menasihati ( Action )

Agama mengajar kita untuk "Mulakan dengan NIAT dan Akhiri dengan SALAM". PEGANG adalah
menunjukkan tanda Kekuatan NIAT, LEPASKAN Anak Panah menunjukkan tanda SALAM.

'FAST QUADRANT' ibarat PANAH ( Arch ) dan menyebarkan SALAM ( Ucapan Selamat ).
Melakukan TINDAKAN ( Action ) adalah PANAHNYA. Dan PERUBAHAN ( Change ) itu pada NIAT
Seseorang. Kerana setiap perbuatan Bergantung pada baik dan buruk NIAT seseorang. "Anda
Ketika WAKTU INI ( Sekarang ) merupakan HASIL dari apa yang anda LALUI sebelum ini, maka
MASA DEPAN Anda bergantung pada apa yang anda Sedang lakukan pada WAKTU INI ( Sekarang ).

Maka PERUBAHAN ( Change ) dan TINDAKAN ( Action ) dapatlah di simbolkan dengan Simbol PANAH.



Orang yang Ditakrifkan sebagai "KAYA" adalah Orang yang memilik 3 PERKARA & mengerjakan
3 PERKARA.


WANG ( Zakat )
Semua orang ada memiliki Wang, hanya jumlahnya sahaja yang berbeza. Ada apa dengan Wang ? Islam menyatakan "Didalam hartamu terdapat hak-hak orang lain ( Asnaf Zakat ). Dan Nabi berpesan "Berikanlah 1/40 harta benda kalian". 1/40 Ertinya 2.5% dari pendapatan anda dan 39/40 itulah Milik anda. 2.5% itulah ZAKAT PENDAPATAN. Maka BERZAKATLAH !


WAKTU ( SOLAT )
Semua manusia secara adilnya diberi oleh Allah waktu 24 jam. "MASA AMAT BERHARGA". Waktu dapat disamakan dengan NYAWA kerana NYAWA tidak boleh Dibeli dengan WANG.NYAWA / Umur dihitung dengan kiraan WAKTU bermula Dengan Tahun kemudian Bulan, Hari , Jam, Minit dan Detik ( DEGUP ). Cuba anda Bayangkan kalau DEGUPan jantung terhenti ? Faham-faham aje lah….Berapa 2.5%
daripada 24 jam ? Jawapannya 36 Minit. Waktu Solat yang berkualiti adalah ± 7 Minit . Pengiraannya ; 7 Minit x Solat 5 Waktu adalah = ± 36 Minit. 23 Jam dan 24 Minit itu milik anda. Maka 2.5% itulah SOLAT LIMA WAKTU. MAKA SOLATLAH !

" SOLAT ( 5 waktu ) itu bukan satu perkara yang dilakukan secara "PART TIME", tetapi mesti dilakukan secara "FULL TIME", malahan lebih afdhal kalau "ON TIME", kalau boleh buatlah "OVER TIME" ( Tahajjud , Dhuha & Solat Sunat ). Jangan pula kata "NO TIME", sebab MATI itu "ANY TIME" !

KESIHATAN(PUASA)
Puasa dapat membantu kita menjaga kesihatan ROHANI dan JASMANI. Puasa Sunat lazimnya dilakukan pada hari isnin & khamis. 1 Minggu ada 2 hari Puasa, 1 Bulan ada 8 hari Maka 8 hari x 11 Bulan = 88 + 30 hari PUASA RAMADHAN = 118 hari.. 118 hari ÷ 12 bulan = 10 hari sebulan. 2.5% daripada 365 hari adalah = ± 10 hari. MASYA ALLAH !!!


# WANG, WAKTU & KESIHATAN masing-masing mempunyai peratusan HAK. Iaitu 2.5%.
# UMRAH & HAJI pula merupakan gabungan dari Wang,Waktu dan Kesihatan…DAHSYAT !!!

Dari pandangan sisi agama Islam tentang khasiat kopi:

Tahukah anda, bahawa kopi sebenarnya minuman kegemaran kaum Sufi?
Dengan meminum kopi, orang-orang kelas ma'rifat (yang tidak memiliki dan terjangkit penyakit yang semakin parah kerana minum kopi) semakin kuat beribadah, seolah kopi mendatangkan cahaya bagi rohani dan jasmani mereka.

Sayyid Abdurrohman bin Muhammad bin Abdurrohman bin Muhammad as-Saqqaf al-Husainy al-Hadramy dari marga al-Idrus (1070 H-1113 H) mengatakan dalam kitabnya Iinaasush Shofwah bi Anfaasil Qahwah: Biji kopi baru ditemukan pada akhir abad VIII H di Yaman oleh penemu kopi Mukha, Imam Abul Hasan Aliy asy-Syadziliy bin Umar bin Ibrahim bin Abi Hudaimah Muhammad bin Abdulloh bin al-Faqih Muhammad Disa'in (nasabnya bersambung hingga kepada seorang sahabat bernama Khalid bin Asad bin Abil Ish bin Umayyah al-Akbar bin Abdi Syams bin Abdi Manaf bin Qushay).
Beliau adalah pengikut Syadiliyah, bukan pendirinya (kerana pengasas  Syadiliyah, Imam Abu Hasan asy-Syadziliy telah wafat pada tahun 828 H)

Dalam penemuan biji kopi, Imam Abul Hasan mendahului Imam Abu Bakr al-Idrus. Sehingga Imam Abul Hasan Aliy adalah penemu biji kopi sedangkan Imam Abu Bakr al-Idrus adalah penyebar kopi di pelbagai tempat.

Beliau menggubah syair mengenai kopi sebagai berikut:


"Wahai orang-orang yang asyik dalam cinta sejati dengan-Nya, kopi membantuku mengusir mengantuk.Dengan pertolongan Allah, kopi menggiatkanku taat beribadah kepada-Nya di kala orang-orang sedang terlelap.


[Qahwah (kopi)], qaf adalah quut (makanan), ha adalah hudaa (petunjuk), wawu adalah wud (cinta), dan ha adalah hiyam (pengusir mengantuk).


"Janganlah kau mencelaku kerana aku minum kopi, sebab kopi adalah minuman para junjungan yang mulia".Syeikh Abu Bakr bin Abdulloh al-Idrus berkata tentang kopi yang digemarinya:

"Wahai qahwatul bunn (kopi)! Huruf qaf di awalmu adalah quds (kesucian), huruf kedua ha adalah hudaa (petunjuk), dan huruf ketigamu adalah wawu. Huruf keempatmu adalah ha, berikutnya alif adalah ulfah (keakraban), lam sesudahnya adalah lutfh (belas kasih dari Allah). Ba adalah basth (kelapangan), dan nun adalah nur (cahaya). Oh, kopi, kau laksana purnama yang menerangi cakrawala."

Imam Hamzah bin Abdullah bin Muhammad an-Nasyiriy al-Yamaniy asy-Syafi'I, penduduk Zabid (832 H-936 H) adalah seorang sasterawan ulung yang ahli tumbuh-tumbuhan. Dia menggubah seribu bait nadzam mengenai kemukjizatan al-Qur"an, menulis kumpulan fatwa, dan menggubah nadzam lebih dari 80 bait mengenai manfaat kopi, yang antara lain isinya adalah kopi boleh membangkitkan semangat seseorang dan menghantarkannya mencapai kejayaan.

 Disebutkan dalam kitab al-Iinas bahwa huruf ba dan nun pada kata bunn (kopi), masing-masing bererti bidayah (permulaan) dan nihayah (akhir/puncak), yakni mengantarkan seseorang dari awal langkah hingga akhir/sampai kejayaan., setelah huraian tentang kegemaran dan sanjungan ulama Sufi akan kopi, manfaat, serta falsafah tentangnya, apakah masih akan menganggap kopi sebagai minuman yang harus dijauhi?


KOPI ADALAH MINUMAN HALAL

Kenyataan ulama tidak meragukan lagi kehalalan kopi. Dalam kitab Syarh al-'Ubab Syeikh Ibnu Hajar menjelaskan bahwa menggunakan sesuatu yang jaiz sebagai  hukumnya tergantung pada tujuan yang ingin dicapai. Jika tujuannya untuk kebaikan maka penggunaan  tersebut bernilai pahala, dan jika tujuannya untuk maksiat maka bernilai dosa (untuk meniru niat para ulama Sufi, lihat tips  tentang Fatihah yang dibaca sebelum meminum kopi).   Para ulama yang menghalalkan kopi antara lain: Syeikhul Islam Zakariya al-Anshori, Syeikh Abdurrahman bin Ziyad az-Zabidiy, Syeikh Zaruq al-Malikiy al-Maghribiy, Syeikh Abdulloh bin Sahl Baqusyair, Syeikh Muhammmad bin Abdulqadir al-Habbaniy, Syeikh Abdulmalik bin Disa'in, dll.

Para ulama yang menyanjung kopi antara lain: Abu Bakr bin Abdullah al-Idrus, Abdurrahman bin 'Aliy, Syeikh bin Ismail, Ahmad bin 'Alawy Bajahdab, Abu Bakr bin Salim, Abdullah bin Alawy al-Haddad, Hatim al-Ahdal, as-Sudiy, Umar bin Abdulllah Bamakhramah beserta putranya, Al-Amudiy, dll. Banyak ulama Sufi yang berkomentar tentang kopi yang pada prinsipnya mereka menggemari kopi kerana dengan meminumnya mereka lebih giat beribadah, terutama pada malam hari ketika banyak manusia yang tertidur lelap.     Syeikh Umar bin Abdullah Bamakhramah, Syeikh Abdul Mu'thiy bin Hasan bin Abdullah bin Ahmad Bakatsir al-hadramiy (Makkah 905-Ahmadabad India 989 H) juga puteranya yang bernama Ahmad dan beberapa nama lain menggubah nadzam dalam untaian bait yang amat banyak yang berisi sanjungan terhadap kopi sebagai minuman yang amat bermanfaat untuk penggiat ibadah kepada Allah.

Perhatikan dua bait syair berikut:



Kopi memang hitam tapi menyalakan semangat, bahkan memancarkan cahaya. Hitamnya kopi membuat hati orang-orang kelas tinggi memutih, sehingga mereka terpuji melebihi kebanyakan manusia.


Sekarang tinggal pilihan anda , memilih kopi yang dipilih kaum Sufi sebagai penggiat ibadah (tentunya dengan mengikut niat mereka, dan roh mereka tak jatuh sakit kerana meminumnya), atau malah meninggalkannya kerana ketakutan yang tidak beralasan?

Sumber
Haddagom (Halaqah Adl-Dliya'u Lid-Dakwah Bil Golam)

Kopi untuk kesihatan;

Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi ditangan mereka.


Kajian mendapati lebih dari 400 million cawan kopi diambil setiap tahun, menjadikannya sebagai minuman yang paling popular di dunia. Di US sahaja misalnya, 107 juta orang (52% daripada jumlah penduduk) meminum kopi secara rutin harian. 57 juta yang lain meminum kopi beberapa kali setiap minggu.



KEBAIKAN KOPI

1-Kandungan kafein dalam kopi
Kopi selama ini dianggap sebagai minuman untuk menambah tenaga dan menyegarkan orang mengantuk. Benarkah kopi sehebat itu?


Kandungan utama kopi ialah kafein, ianya berfungsi sebagai perangsang susunan saraf otak, sistem pernafasan serta sistem pembuluh darah dan jantung. Sebab itu tidak hairanlah setiap pengambilan kopi dalam jumlah wajar, tubuh kita akan menjadi segar, daya pemikiran lebih cepat dan tidak mudah mengantuk.


Kandungan kafein dalam 200 gram kopi mencecah 135 mg, berbanding teh yang hanya sekitar 35 mg. Kafein sering kali juga dijadikan salah satu bahan pelengkap pada ubat sakit kepala. Ini kerana, kafein mempunyai kemampuan menyempitkan pembuluh darah ke otak (vasokonstriksi) sehingga pelebaran pembuluh darah di daerah otak yang merupakan penyebab kepada sakit kepala.
Selain itu, kafein juga dapat mengurangkan lemak. Secara fisiologi, tubuh orang yang mengalami kegemukan kurang mampu membakar lemak ketika bersenam berbanding orang bertubuh normal. Akibatnya, tubuh akan membakar karbohidrat sebagai sumber tenaga, sehingga kadar gula darah menurun. Ini adalah penyebab mengapa orang gemuk merasa lapar kembali selepas bersenam dan akhirnya cenderung makan lebih banyak. Kafein membantu memecah lemak menjadi sumber tenaga segera. Tetapi awas! Pastikan kandungan gula didalam kopi tidak terlalu banyak.



2-Kopi bergula meningkatkan prestasi otak
Kajian di Barcelona, Sepanyol menunjukkan bahawa secawan kopi yang bergula boleh meningkatkan prestasi otak. Saintis di Universiti Barcelona di sini mendapati pengambilan kafeina dan gula serentak dapat meningkatkan prestasi otak seperti daya ingatan.


Hasil kajian itu diperoleh dari 40 sukarelawan yang diuji dengan pengambilan kopi bergula, kopi tanpa gula dan air masak. Kopi manis merupakan cara terbaik untuk otak bagi menghadapi cabaran pekerjaan. Menurut Jurnal Human Psychopharmacology, Clinical and Experimental telah menyiarkan hasil kajian saintis tersebut.



3-Kandungan Antioksida dalam kopi
Antioksida yang dimiliki kopi berfungsi seperti 'tentera' yang menjadi perisai tubuh daripada radikal bebas. Kita Mungkin sedia maklum bahawa antioksida sangat baik untuk kesihatan. Salah satu hasil kajian yang dijalankan lima tahun lalu mendedahkan pengambilan kopi menawarkan manfaat kepada pesakit parkinson dan diabetes jenis II. Malah kajian oleh penyelidik di Sekolah Kesihatan Awam Harvard turut menyenaraikan fakta tentang kopi dapat melindungi seseorang daripada masalah penuaan..!! |


Faktor tersebut didorong oleh beberapa faktor terutamanya kandungan kafein di dalam kopi, selain fungsi antioksida yang tinggi dalam bijian ini.


Selain itu, hasil kajian kerjasama dari beberapa pusat penyelidikan seperti Universiti Scranton, Universiti Athens dan Universiti Keio, Tokyo merumuskan kopi berupaya mengurangkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan risiko kanser, sakit jantung dan strok. Profesor kimia dari Texas, Dr. Joe Vinson pula menjelaskan,"Manusia terdedah kepada radikal bebas daripada oksigen yang kita sedut, gula dan sebagainya sehingga mengundang pelbagai penyakit kronik. "Secawan kopi setiap hari sudah cukup. Ia adalah satu jumlah yang sudah optimum untuk memberi manfaat kepada jantung," katanya yang turut mengakui terdapat kajian yang menyatakan kopi baik untuk kesuburan lelaki, selain menggalakkan sperma berenang lebih aktif. 

Namun, katanya, dalam beberapa penelitian, kopi tidak digalakkan diambil oleh kalangan wanita mengandung dalam kuantiti yang besar. "Hospital Christchurch, New Zealand, menyatakan wanita hamil yang mengambil kopi terlalu kerap melahirkan bayi yang sukar bernafas ketika dilahirkan. "Manakala, kajian dari Institut Karolinska, Sweden, menyatakan wanita yang mengambil 100 mg kafein sehari mudah berisiko mengalami keguguran," kata Vinson.-