Pro Gurl

(klik untuk besarkan imej di atas)

PENGENALAN PRODUK
PRO GuRL merupakan minuman Tenaga Premium Wanita terbaru berasaskan coklat. Ianya khusus untuk wanita yang inginkan kecantikan dalaman dan juga luaran. Minuman coklat PRO GuRL ini mengandungi semua khasiat yang diperlukan untuk kecantikan dalaman dan juga luaran dengan diet yang seimbang. Setiap kotak mengandungi 15 paket yang mana cukup untuk keperluan nutrisi yang diperlukan tubuh badan dalam diet seharian anda.



RAMUAN & HERBA



NONI (Mengkudu)

Noni atau Mengkudu mengandung zat yang disebut  PROXERONINE yang merupakan bahan asas dari alkaloid XERONINE. PROXERONINE dalam Noni (Mengkudu) diserap oleh tubuh dan diolah menjadi XERONINE dengan menggunakan enzim  PROXERONINASE  dan SEROTONIN  yang ada di dalam tubuh. XERONINE merupakan alkaloid hidup yang akan diserap oleh sel-sel tubuh.  XERONINE  mengaktifkan kembali sel-sel yang hampir mati, nutrisi yang kita ambil akan diserap sempurna dan toksik dari sel akan dikeluarkan dari tubuh sehingga sel-sel yang sakit akan disihatkan. Noni (Mengkudu) akan menyeimbangkan atau menormalkan kembali fungsi tubuh.





Pueraria Mirifica / Pueraria Lobata

Pueraria Mirifica atau Pueraria Lobata adalah satu herba yang berasal daripada Thailand, di mana ianya dikenali sebagai "White Kwaaw Krau". Ianya termasuk
dalam keluarga Leguminosa, sub-keluarga Papilionoda (keluarga kacang soya, kacang dan kacang pea). Sekurang-kurangnya 76 sub-spesies Pueraria mirifica telah dikenal pasti secara taksinomikal di seluruh dunia, kebanyakan daripadanya didapati di Asia, Australia, Afrika Utara dan Selatan, Amerika Latin dan Amerika Selatan.


Di Thailand, Ubi ajaib ini tumbuh di hutan pada ketinggian  300m -800m dari aras laut dan hanya didapati tumbuh di bahagian utara, barat dan timur laut sahaja, Bahagian tumbuhan ini yang paling berkualiti ialah pada bahagian akarnya yang juga merupakan Ubi pada tumbuhan ini. Manakala para perkerja yang bertugas sebagai penuai pula mestilah mendapatkan latihan khusus daripada Jabatan Perhutanan, Kementerian Pertanian , Bangkok Thailand. Ini bertujuan bagai mengawal kualiti ubi yang akan dijual kepada pengedar yang berlesen.


Kajian tentang Erkeologi, pengedaran dan juga penanaman Pueraria mirifica telah mula dijalankan oleh Jabatan Biologi Universiti Chulalongkorn, Bangkok , Thailand sejak tahun 1991 lagi. Dan sekarang menjadi tumbuhan kawalan di Thailand.





Labisia Pumilia ( Kacip Fatimah )

Kacip Fatimah atau nama saintifiknya Labisia Pumilia dan Pathoina ialah herba yang biasa didapati di hutan belantara Nusantara. Namanya yang dikaitkan dengan
wanita bangsawan sememangnya memberi maksud nama yang terselindung, iaitu kesihatan dan semangat wanita. Ia mengandungi elemen antioxidan dan
phytoestrogen yang mana kedua-dua elemen ini memberi manfaat kepada kaum wanita dari segi mencegah pembiakkan sel pra-kanser, memantapkan tisu yang memerlukan hormon estrogen, mengukuhkan struktur tulang melalui penyerapan jisim tulang dan melewatkan proses penuaan.


Kacip Fatimah biasa dimakan sebagai ulam oleh wanita melayu dan jarang dimakan oleh lelaki atau kanak kanak. Air yang direbus dengan Kacip Fatimah biasa digunakan untuk wanita yang mengalami masalah keputihan dan juga untuk melancarkan proses kelahiran bayi dan memulihkan cirit-birit. Ini tidak bermakna yang ianya tidak boleh dimakan oleh lelaki dan anak remaja kerana tiada apa apa kesan sampingan yang dikaitkan dengannya.


Jadi minuman yang mengandungi ekstrak Kacip Fatimah boleh diminum tanpa was-was oleh lelaki dan wanita, muda dan tua dan amalan ini tidak memudaratkan kesihatan.






QUERCUS INFECTORIA OLIV ( Manjakani )

Manjakani adalah buah yang tumbuh di Indonesia. Manjakani telah lama dikenali di Indonesia sebagai tumbuhan yang bermanfaat untuk kesihatan organ intim wanita. Biasanya digunakan untuk mengatasi keputihan mahupun untuk menjadikan organ intim wanita lebih elastik. Dalam banyak kajian, Buah Manjakani banyak bermanfaat bagi kesihatan organ intim kerana mengandung tannin, asid tanik, antioksidan, vitamin (terutama vitamin A dan C), kalsium, zat besi, serat, protein dan karbohidrat.


Pohon Manjakani sendiri tumbuh di wilayah Indonesia, namun demikian bila dibandingkan dengan daun sirih ternyata buah manjakani yang kaya manfaat ini belum digunakan secara optima. Di berbagai negara misalnya Cina, India, Arab, Iran, dan Malaysia, Brunai Darussalam, Buah Manjakani sudah banyak digunakan sebagai bahan herba untuk mengatasi bermacam jenis penyakit organ intim.


Buah Manjakani berasal dari pohon manjakani atau atau juga dikenal dengan Pohon Oak. Pohon manjakani dikenali pula dengan "Oak Galls". Pohon ini juga dikenali dengan nama lain iaitu Mecca Majakani.






SERBUK KOKO

Sejumlah besar koko yang dinikmati dalam bentuk coklat, lazat rasanya dan mengandungi kebaikan semula jadi. Secara perbandingan, sekeping coklat susu mengandungi lebih kandungan protein berbanding dengan sebiji pisang, sebatang lobak merah, sebiji oren, sebiji epal atau sejumlah kismis dengan berat yang sama. Kajian telah membukitkan bahawa coklat mengandungi khasiat makanan yang seimbang.


Coklat dan serbuk koko mengandungi phenol sejenis bahan kimia yang membantu mengurangkan risiko sakit jantung. Phenol bertindak dengan menghalang lemak seperti zat di dalam aliran darah daripada ter -oksida dan menyumbat arteri. Melalui kajian  yang dijalankan didapati bahawa coklat mengandungi bahan anti-kerosakan gigi seperti tannin, kasein dan asid oksalik.


Tannin ialah sejenis bahan yang menghalang pembiakan bakteria yang akan membentuk plak dan asid di dalam mulut. Asid yang terhasil daripada proses pemecahan makanan oleh bakteria merupakan punca kerosakan gigi. Plak adalah sisa-sisa makanan yang melekat pada gigi akibat tindakan bakteria.


Kasein di dalam coklat pula bertindak mengurangkan kerosakan gigi dengan menghalang pertumbuhan plak dan seterusnya mengurangkan pengeluaran asid.Kasein juga membantu dalam pertumbuhan gigi. Asid oksalik merencatkan pengeluaran enzim bakteria dan seterusnya menghalang pengeluaran asid.